Pages

Sunday, 12 January 2014

GIRLPREN / BOYPREN ??

Selama aku berada di alam universiti ni, aku lihat kebanyakan orang di sekeliling ku terkial-kial mencari " girlfren / boyfren. Yela, kata mereka saja nak buat persediaan awal mencari calon isteri. Tak pun mencari semangat nak belajar bersama. Cehhhh !! jawapan mereka memang bombastik lah. Tapi bagi aku, tidak sama sekali. Bukan aku anti couple, bukan jua aku lesbian * fuhhh mintak dijauhkan. Tapi...cuba korang bayangkan... bila tibanya waktu " exam ", korang bergolak melebihi badai di lautan. Hmmmm, aku rasa memang ke laut la exam korang time 2. Belajar entah ke mana, bercinta entah ke mana. Lagipun, Kalau kita memang tip top sekalipun, susah hendak menjaga ikhtilat kita semasa berdua-duaan dengan kekasih tarcinta kita 2.. * hmmm tarcinta sangat..

Semua kata bercinta sebab nk apa?? kenal hati budi?? hmmm tak betul semua tu. Masa kita bercinta, kita tak kenal siapa kekasih kita. Yang kita kenal ialah seorang pelakon. Ya, hanya lakonan dia sahaja yang kita dapat lihat. Kalau rasa sudah mampu, aku rasa tak payah kot nak couple bagai. Aku doakan semoga semua couple di atas muka bumi Allah ni termasuk yang berada di planet-planet agar cepat2 kahwin dan berbahagia. Hmm, di situ lah bermulanya kisah kita yang sebenar. Dimana semua hati budi jantung limpa akan ditonjolkan. Maka serahkan seluruh jiwa raga dan baldi kepada suami anda. Suami tau..bukan kekasih.

Sunday, 5 January 2014

PUISI BUAT KEKASIH

siang berganti malam
mentari pergi membawa bulan
aku disini merinduimu sayang
entah kenapa jiwa menjadi kelam
hidupku kian tenggelam
tenggelam tanpa cintamu
namun aku tidak jemu
tetap utuh menanti untuk bertemu
tanpa aku peduli pandangan umum
semuanya aku buat demi mu
yang bernama sayang...

ku tatap jauh fikiranku melayang
terbayang wajahmu senyumku mengembang
bukan nak kata aku gila bayang
tapi cintamu membuatku di awan-awang
terasa jiwaku ingin terbang
membawa keindahan bersamamu sayang

sungguh hatiku tidak tenang
bila malam mula datang
sukar untuk bersua denganmu sayang
tapi apa kan daya, ku hanya mampu terbayang
setiap saat membuatku gila bayang
aku harap engkau tidak curang
dengan lelaki bergelar musang
sakitnya payah nak di telan
ingatlah aku ada disini untukmu sayang.


Wednesday, 3 April 2013

CERITA SEORANG SENIORR !! enjoy urself yee...

coretan "saya" untuk "dia" PART 1..

Dia.. seorang "kawan" yang hingga kini sentiasa memberi kata2 semangat.. sentiasa ada untuk saya bila saya memerlukan dia.. mcm mana kami boleh berkenalan? kami mula kenal sejak tingkatan enam atas. kenapa bukan tgkatan 6 bawah? dia ni seorang yang pendiam.. dan jarang bercakap dgn lelaki tmbah2 lelaki yang die tk pernah kenal termasuk la saya ketika itu.. berbeza dgn saya..org yg tk knal ..lagi saya nak kenal.. sebab tu.. akhirnya..saya dpt kenal dgn die..

ok..pada mulanya, muka die ni gelap skit, berisi (debab) dan tk pandai bergaya..mean kekampungan sikit la.. nak dijadikan cerita.. aku dapat satu group MUET dgn die..so,, aku tpaksa ke kelas dia waktu latihan muet..speaking2 sikit.. die ni malas sikit..nak blik aje.. so..masa ltihan speaking tu,,aku dpt la dgar dan ckap2 dgn dia.. ok,,da mula kenal..

aku pendek kan crite ni sikit..panjang lak kang.. ok.. cikgu sejarah aku ade buat kelas tmbahan.. so,ak mntk tolong kawan aku tnyekan no dekat dia ni.. (actually aku da ada no dia da).. dia ckap "nape tk mntak sendiri??" hahaa..then dri situ start mesej dia.. (^_^)..

lama kelamaan..dia tnye..knapa msej die??padahal aku ni berkawan rapat dgn perempuan lain..dan scara automatik pulakkk..aku balas "saya suka dekat awak". nahhhh..trus tergamam lpas hantar.. kelam kabut da aku.. esok jumpe die mcm mane la agaknya..
memang esoknya..senyap sikit la aku..segann..malu pun ade..tp nak cover kan..kita ni laki.hahaha aku sembang2 gak la..nk cover segan..aku bg die surat.. ade la isinya aku tulis..tak jiwang ok..just wish gudluck tuk exam..smpai skarang die masih smpan surat tu.. (^_^)..alhamdulillah..

kek?perkataan "kek" dah tersenarai dalam hidup aku..knape kek?ni sebab dia bg aku rasa kek cklat buatan die sendiri.. bukan skali byk kali jugak.. :) gemuk la aku mcm ni..sedap3x..serius sedap.. salah satu hobi die adelah MEMASAK.. di smping buat2 kek ni.. alhamdulilah lgi,, ade org suka masak..suka sgt hobi die ni..

ok, selepas berkenalan lama2.. kami masih tk kompem lagi kami ni da "couple" atau tak walaupun aku da beritahu aku suka dia.. sebab dia tk membalas jawapan nya..so,,aku amik keputusan nk cakap "face to face" dengan dia..aku lebih selesa face to face walaupun ni mungkin pertama kali aku ckap face to face..segannn nih..tp mmg aku nak cakap supaya dia nampak effort aku dan aku lega dapat ckap depan dia..kalau die nk tolak..terpulang pada dia..

(bersambung)

Friday, 29 March 2013

LATAR BELAKANG SULTAN MAHMUD SHAH.



Sultan Mahmud Shah II keturunan sultan Melaka ditabalkan menjadi sultan ketika berumur 10 tahun. Urusan pentadbiran dijalankan oleh Bendahara. Pusat pemerintahan berada di Kota Tinggi dan Johor Lama dijadikan istana hinggap. Di sinilah Temenggung menjaga Kota Johor Lama. Sultan Mahmud Shah II dikaitkan dengan kezaliman dan menimbulkan pergolakan dalam negeri. Pada tahun 1697, Bendahara Seri Maharaja Tun Habib Abdul Majid meninggal dunia dan disebut "Marhum Padang Saujana". Pada 1699, Sultan Mahmud Shah II mangkat pada usia 24 tahun, dipercayai ditikam oleh Laksamana Bentan dan disebut sebagai "Marhum Mangkat Di Julang" atau "Marhum Kota Tinggi".

Kisah Sultan Mahmud mangkat dijulang

Mengikut kitab hikayat Tuhfat al-Nafis, cerita ini berlaku apabila Laksamana Bentan (dikenali Bintan pada hari ini), iaitu Megat Seri Rama, telah berperang untuk menumpaskan lanun di perairan Johor atas perintah Sultan Mahmud Shah II.
Pada suatu hari, isteri Megat Seri Rama yang sedang mengandung, telah bertemu dengan penghulu kebun Sultan yang sedang membawa nangka untuk dipersembahkan kepada Sultan. Dang Anum kemudian telah meminta seulas nangka kerana dia mengidam. Penghulu kemudiannya memotong seulas lalu diberikan kepada Dang Anum. Ketika Sultan Mahmud Syah hendak bersantap tengah hari, baginda menyedari bahawa nangka yang hendak disantapnya telah diusik orang. Sultan Mahmud amat murka kerana dihidangkan dengan sisa orang dan memerintahkan Dang Anum ditangkap dan dibelah perutnya menyebabkan kematian isteri Laksamana.
Beberapa hari kemudian, Laksamana telah kembali ke Kota Tinggi dengan membawa kejayaan cemerlang bagi angkatan tentera Johor. Selepas sultan memberi anugerah kepada Laksamana, Megat pun balik ke rumahnya mendapat khabar buruk daripada Tun Aman yang mengatakan bahawa isterinya telah mati. Laksamana merasa marah, kecewa dan menangis apabila mengetahui isterinya telah mati. Megat Seri Rama kemudiannya berazam untuk membalas dendam kepada sultan kerana bagindalah yang memerintahkan supaya isteri kesayangannya dibunuh.
Pada suatu hari Jumaat, Sultan Mahmud Syah bersama pembesar telah berangkat ke masjid untuk bersembahyang. Sultan telah ditandu oleh pengawal-pengawal istana. Ketika azan pertama berkumandang di udara, Sultan Mahmud terkejut melihat Laksamana berdiri sambil menghalang lalu lintas baginda. Laksamana berkata "Raja adil raja disembah! Raja zalim raja disanggah!". Sepantas kilat, laksamana terus menikam Sultan dengan kasarnya. Suasana di perkarangan masjid gempar apabila darah sultan yang berdaulat telah mengalir ke tanah! Semua jemaah terpaku. Sultan terus betitah "Tujuh keturunan laksamana tidak boleh menjejakkan kaki ke Kota Tinggi...." Berberapa minit kemudian, baginda menghembuskan nafas yang terakhir. Menurut Riwayat Siak, Megat Sri Rama telah luka dikaki terkena lembing diraja akibat daripada daulat raja tersebut. Luka dikaki Laksamana tumbuh rumput dan dia telah menderita selama empat tahun sebelum meninggal dunia.
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Friday, 11 January 2013

Cinta Manusia


  Cinta...apa ada dengan cinta. Aku pelik betul la dengan orang yang terlalu obses tahap dewa dewi dengan cinta ni sampai sanggup bunuh diri disebabkan kecewa dalam bercinta. Nenek aku cakap cintailah Allah melebihi segala cinta semua makhluk di jiran planet zuhrah bersebelahan planet marikh ni. Aku nak cakap planet bumi je sebenarnya. Hehehe....Kawan aku cakap cinta itu indah, seperti kita berada di awan-awangan. Agak-agaknya kalau boleh bercinta,tak makan nasi pun takpe ek?? 
    

    Kawan aku yang sorang lagi lak cakap cinta itu menyakitkan. Bagai tertusuk beribu-ribu duri sembilu ditambah lak dengan duri buah durian....Tiap-tiap malam mesti menangis, tak tahan dengan masalah yang melanda melebihi gelora di lautan. Hahahaha tengok sekali pun kesian.  
  

    Bagi aku jatuh cinta itu fitrah, ingin dicintai dan menyintai pun fitrah sebab setiap manusia dikurniakan perasaan yang indah yang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Tapi jika cinta itu diadun dengan betul, maka lembut lah ia. Namun jika diadun dengan adunan yang salah, memang sah-sah la cinta itu boleh di baling ke laut je. Bagi yang bercinta, kalau putus tu janganlah terlalu sedih, mungkin dia bukan jodoh kamu. Oleh itu kamu jangan cepat melatah, nanti kamu jua akhirnya yang terngadah. 


    Jika allah tidak menulis jodoh kita bersama dia, kita tetap takkan bersama dia sebab tulang rusuk dan pemiliknya tidak akan tertukar dan terpisah. Fikir positif, tentu ada hikmah disebalik ujian yang diberi. Bak kata nenek aku, reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimiginasi. Kalau jodoh kita belum sampai, bersabarlah dan sentiasa berdoa supaya mendapat jodoh yang dapat membimbing kita dunia akhirat. Sememangnya aku akui bahawa permulaan sabar adalah pahit, tapi..pengakhirannya mesti manis.....


Lu fikir la sendiri.

Hidup ini tak selalunya indah. Penuh dengan rancah kehidupan, banyak perisa yang akan kita rasa selama kita di alam dunia mahupun alam barzah. Hari ini aku nak kongsi cerita ckit la melalui pengamatan aku selama hidup di planet bumi ni (Nanti di planet lain, aku cerita lain la pulak). Aku nak dikatakan baik tidak juga tapi dunia sekarang ni memang sudah semakin teruk. Cuba kita bayangkan semasa Zaman Jahilliah dahulu...jeng3...masyarakat Zaman Jahilliah sudah dikira kejam apabila sanggup membunuh anak perempuannya sendiri. Para ibu terpaksa menyorokkan anaknya kerana kasih dan sayangnya kepada anak mereka.  
     Namun, lain pula dengan masyarakat kini yang tiada sifat belas kasihan sedikit pun sehingga sanggup membunuh anaknya sendiri tanpa mengira cara. Disebabkan nafsu berjaya membelakangi agama, setan berjaya bermaharaja rela mengalahkan Jozan Maharaja Lawak. Golongan para ibu yang melahirkan anak pun tidak berasa bersalah langsung bersubahabat dengan kekasih tercinta (tercinta la sangat kan) membunuh zuriat sendiri. Bukan nak kata apa la, pandai buat pandai la tanggung. Dah buat mestila mengandung. Hey !! kalau dah tak tahan sangat..kahwin je..tak payah nak menyusahkan kepala orang lain terutamanya mak ayah kita. Dah la buat maksiat, sanggup membunuh pulak tu..haish kejam kejamsekali. 
     Sangat menyentuh kalbu apabila melihat gambar bayi yang dibunuh dengan kejam di dada-dada akhbar mahupun kaca TV, tak cukup dengan tu di scren laptop aku pun berlambak. Aku tak tahu apa yang ada dalam kepala otak masyarakat kini, nak kata xde akal..aku rasa semua manusia ada akal..tak tahu la kalau-kalau ni bukan........tak sanggup aku nak melihat sekujur tubuh yang tidak bersalah terpaksa menanggung semua yang telah dilakukan ibu bapa mereka (ibu ke??) sehingga sanggup membuangnya ke dalam tong sampah, membakar, buang dalam tandas.....merata-rata tempat sehingga ada satu kes (aku lupa bila) anjing menggongol bayi tersebut..kejam...kejam sekali. Benda ni seakan bermusim aku rasa... 
     Sekian daripada berita tidak bernama....maaf atas setiap kelajuan aku dalam menari-nari di atas papan komputer...yang baik dijadikan sempadan, kalau jahat..pandai2 la buat buat tauladan...

Tuesday, 8 January 2013

Saudara

Kancah Kehidupan..

Alangkah indahnya jika kita menjadi manusia yang sentiasa bersyukur. Tahu menilai apa yang seharusnya kita nilaikan sebelum membuat sesuatu keputusan. Kadang-kadang apa yang kita idamkan tidak semestinya kita dapat. Orang yang kita sayang dan percaya tidak semestinya sahabat sejati kita, saudara kita sendiri kadang-kadang boleh menjadi racun yang membunuh kita secara perlahan-lahan. 
Dunia kini tidak mengenal erti persaudaraan lagi. Kerana HARTA, manusia boleh berpecah, keluarga boleh bertelagah, jiwa kita tidak tentu arah. Reaksi emosi sepatutnya jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang di imiginasi. HARTA bukan sepatutnya yang menjadi rebutan tetapi pahala untuk bekalan akhirat. Kadang-kadang disebabkan HARTA, masalah datang bersilih ganti. Namun adakah insan kerdil seperti aku mampu untuk menghadapinya seorang diri. Bermula dengan perbalahan seorang abang dan adik kerana SEGELAS AIR. Hanya SEGELAS AIR manusia pun boleh lupa siapa darah dagingnya. 

Ditambah pula dengan masalah PEMBAHAGIAN HARTA. WANG. YA, WANG!!!! Kerana WANG hubungan keluarga menjadi hancur. Kerana wang manusia hilang pertimbangan. Kerana wang kita sanggup hilang keluarga. Namun, adakah dengan wang kita mampu membeli kasih sayang? Adik beradik? Menebus nyawa yang telah tergadai? Maruah yang telah diinjak-injak??