Cinta Manusia
Cinta...apa ada dengan cinta. Aku pelik betul la dengan orang yang terlalu obses tahap dewa dewi dengan cinta ni sampai sanggup bunuh diri disebabkan kecewa dalam bercinta. Nenek aku cakap cintailah Allah melebihi segala cinta semua makhluk di jiran planet zuhrah bersebelahan planet marikh ni. Aku nak cakap planet bumi je sebenarnya. Hehehe....Kawan aku cakap cinta itu indah, seperti kita berada di awan-awangan. Agak-agaknya kalau boleh bercinta,tak makan nasi pun takpe ek??
Kawan aku yang sorang lagi lak cakap cinta itu menyakitkan. Bagai tertusuk beribu-ribu duri sembilu ditambah lak dengan duri buah durian....Tiap-tiap malam mesti menangis, tak tahan dengan masalah yang melanda melebihi gelora di lautan. Hahahaha tengok sekali pun kesian.
Bagi aku jatuh cinta itu fitrah, ingin dicintai dan menyintai pun fitrah sebab setiap manusia dikurniakan perasaan yang indah yang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Tapi jika cinta itu diadun dengan betul, maka lembut lah ia. Namun jika diadun dengan adunan yang salah, memang sah-sah la cinta itu boleh di baling ke laut je. Bagi yang bercinta, kalau putus tu janganlah terlalu sedih, mungkin dia bukan jodoh kamu. Oleh itu kamu jangan cepat melatah, nanti kamu jua akhirnya yang terngadah.
Jika allah tidak menulis jodoh kita bersama dia, kita tetap takkan bersama dia sebab tulang rusuk dan pemiliknya tidak akan tertukar dan terpisah. Fikir positif, tentu ada hikmah disebalik ujian yang diberi. Bak kata nenek aku, reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimiginasi. Kalau jodoh kita belum sampai, bersabarlah dan sentiasa berdoa supaya mendapat jodoh yang dapat membimbing kita dunia akhirat. Sememangnya aku akui bahawa permulaan sabar adalah pahit, tapi..pengakhirannya mesti manis.....
No comments:
Post a Comment