Pages

Tuesday, 8 January 2013

Saudara

Kancah Kehidupan..

Alangkah indahnya jika kita menjadi manusia yang sentiasa bersyukur. Tahu menilai apa yang seharusnya kita nilaikan sebelum membuat sesuatu keputusan. Kadang-kadang apa yang kita idamkan tidak semestinya kita dapat. Orang yang kita sayang dan percaya tidak semestinya sahabat sejati kita, saudara kita sendiri kadang-kadang boleh menjadi racun yang membunuh kita secara perlahan-lahan. 
Dunia kini tidak mengenal erti persaudaraan lagi. Kerana HARTA, manusia boleh berpecah, keluarga boleh bertelagah, jiwa kita tidak tentu arah. Reaksi emosi sepatutnya jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang di imiginasi. HARTA bukan sepatutnya yang menjadi rebutan tetapi pahala untuk bekalan akhirat. Kadang-kadang disebabkan HARTA, masalah datang bersilih ganti. Namun adakah insan kerdil seperti aku mampu untuk menghadapinya seorang diri. Bermula dengan perbalahan seorang abang dan adik kerana SEGELAS AIR. Hanya SEGELAS AIR manusia pun boleh lupa siapa darah dagingnya. 

Ditambah pula dengan masalah PEMBAHAGIAN HARTA. WANG. YA, WANG!!!! Kerana WANG hubungan keluarga menjadi hancur. Kerana wang manusia hilang pertimbangan. Kerana wang kita sanggup hilang keluarga. Namun, adakah dengan wang kita mampu membeli kasih sayang? Adik beradik? Menebus nyawa yang telah tergadai? Maruah yang telah diinjak-injak??

No comments:

Post a Comment